Bila senang dan asyik dapat untung dalam segala hal, ramai mula dekat dengan sikap buruk yang sebenarnya boleh jerat diri. Contoh mudah dalam urusan bisnes.
Ini yang ramai orang tak sedar, konon dapat untung sebab atas usahanya. Malah makin berduit, semakin berkira nak berkongsi rezeki. Nauzubillah…
Untuk jentik sedikit emosi kita dalam segala hal, jemput baca perkongsian Puan Nur Liyana Farahinini…
Kerana Tuhan dah berkata, dalam kesulitan itu ada kesenangan.
Teringin nak share apa yang Syeikh share dengan aku semalam, yang rasanya sangat dalam maksud dan besar manfaatnya.
Syeikh orang lama dalam bisnes, aku pun banyak belajar dari beliau. Zaman-zaman muda di Canada dulu, Syeikh ada bisnes printing kitab yang sangat maju. Bahkan ada kilang dan pekerja yang ramai.
Pada masa tu, bisnes Syeikh paling maju dan semua orang beli kitab dan berbisnes dengan Syeikh. Sampai satu masa, company gergasi mula bawa masuk teknologi printing yang sangat maju, yang memberi kesan sangat teruk kepada bisnes Syeikh.
Ikutkan frust, memang frust kata Syeikh. Tapi kita tak sedar, ada hikmah disebaliknya.
“Allah beri dan Allah ambil. Allah ambil dan Allah beri, kata Syeikh”
Berpunca dari dropnya bisnes di Canada, isteri Syeikh mengambil keputusan untuk balik ke Lubnan. Syeikh kata rupanya hikmah lebih besar adalah, kalau bisnes Syeikh terus maju dan berjaya waktu tu pasti Syeikh tak ada masa nak dakwah seperti harini ke serata dunia.
Allah nak Syeikh sebar manfaat dan berdakwah, sebab tu Allah tutup peluang bisnes di Canada dulu.
Dengan sebab balik ke Lubnan, Syeikh mula ada masa buka pengajian dan merantau sebar manfaat kepada seluruh muridnya di serata dunia. Rezeki pula, tak putus-putus dengan usaha bisnes yang tak pernah berhenti.
Syeikh kata, Allah akan mula menguji apabila kita mula merasakan semua bergerak atas sebab usaha kita.
Ini Sikap BURUK Yang Ramai Di Kalangan Kita Buat Tanpa Sedar
1. Dapat customer sebab aku paling pandai iklan. Sedangkan Allah yang hantar customer kepada kita.
2. Rasa semua kejayaan datang atas usaha sendiri, bukan dari Allah.
3. Apabila sudah terlalu senang, jadi kurang bahkan tiada pergantungan kepada Allah walaupun sifat hamba itu adalah memerlukan Tuannya.
4. Bergaduh, bersaing dan membenci atas kelebihan duniawi.
5. Merasakan diri sangat hebat kerana Allah kurniakan banyak kejayaan.
Bayangkan, semua kebencian, hasad dengki, bermasam muka pasti sebab dunia, tentunya bukan sebab akhirat. Mana ada orang hasad dengan orang yang banyak solat, kan?
Orang pasti hasad kerana cantik rupa, kejayaan harta, kekayaan, hidup mewah, terkenal dan pengaruh kuasa. Semuanya kerana dunia.
Malaikat pernah berkata kepada Allah, “Aku ingin terbalikkan gunung dan langit atas hambaMu.” Apabila ditanya kenapa…
Malaikat menjawab, “Engkau yang memberi makan tapi mereka sembah selain dari Mu!”
Sepertinya kita, dapat macam-macam nikmat kesihatan, rezeki dan kehidupan yang baik tapi tetap membelanjakan tidak ke jalan yang diredhai.
Bila difikir kembali, cukup banyak hikmah hidup ini. Tidak sia-sia orang yang yakin dan bergantung dengan Allah.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
No comments:
Post a Comment