1. Tenaga.
Tips pertamaalah tentang tenaga, lebih-lebih lagi kepada orang muda. Cara menghadapi dunia akhir zaman dengan tenaga adalah dengan meningkatkan amal ibadah kita sebanyak mungkin. Jika kita berkemampuan untuk ke masjid, solatlah berjemaah di masjid dan jika boleh bangun pagi, bangunlah untuk bertahajud.
Hal ini kerana, kebanyakan manusia di dunia akhir zaman ni hanya datang untuk solat ke masjid apabila umur sudah 60an dan 70an. Padahal tidak ada satu huruf pun di dalam al-Quran yang boleh menjamin dia akan hidup hingga 60an. Tetapi mengapa masih ramai yang tidak menggunakan tenaga yang diberikan Allah untuk meningkat takwa kepada Allah? Jawapannya sudah pasti kerana kejahilan agama.
Contoh terbaik yang saya boleh berikan adalah Bilal bin Rabah. Beliau merupakan sahabat Nabi SAW yang sangat miskin. Tetapi dengan tenaga yang diberikan kepadanya, dia kuat melakukan solat sunat tambahan dan juga menjadi muazzin di zaman Rasulullah SAW. Mungkin daripada segi infak dan sedekah dia kurang amalannya tetapi dia menggantikannnya dengan solat-solat sunat menggunakan tenaganya.
Justeru, sebagai anak-anak muda di dunia akhir zaman ini, perlu memanfaatkan tenaga yang diberikan Allah S.W.T. Bangun pagi tengok FIFA World Cup boleh pulak tapi bangun tahajud terus tak larat. Adakah ini amalan anak-anak muda untuk ke syurga Allah? Nauzubillah.
2. Pengetahuan.
Pengetahuan pula bermaksud ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Tidak kiralah sama ada ilmu akhirat atau dunia. Kerana kesemua ilmu itu datangnya daripada sumber yang satu iaitu daripada Allah S.W.T. Jadi ilmu itu sepatutnya digunakan untuk kembali kepadanya. Disebabkan itulah, kita harus selalu mengatakan Wallahua`lam jika kita tidak mengetahui sesuatu perkara.
Di samping itu, jika anda diberikan oleh Allah akan sesuatu ilmu, maka anda perlu mengajarkannya kepada orang ramai supaya mereka kenal dan takut kepada Allah. Point ini lebih kepada para ustaz, syeikh dan para ulama. Sebagaimana dalil di bawah:
الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاء
“Ulama adalah pewaris para nabi.”
(HR Ibnu Majah no. 233 )
Dengan erti kata lain, jika anda diberikan kelebihan ilmu pengetahuan, gunakan ilmu itu untuk meraih syurga.
3. Pangkat
Pangkat pula lebih diutamakan kepada yang memegang jawatan tinggi-tinggi seperti ketua negara, menteri besar, Sultan dan sebagainya. Justeru, dengan pangkat yang diberikan Allah S.W.T, mereka perlu menggunakannya sebaik mungkin untuk menaikkan dan menguatkan Islam di negara beliau.
Tips di sini hanya difokuskan kepada usaha-usaha membangunkan Islam bukannya kepada hasil semata-mata. Sebagai contoh, seseorang yang berpankat besar itu boleh membuat kempen solat berjemaah di masjid besar-besaran. Tapi kalau orang datang tak datang itu lain cerita. Yang penting adalah apa yang dia usahakan dengan pangkat yang diberikan itu.
Contoh terbaik yang boleh kita ambil pengajaran sudah tentulah Firaun Laknatullah. Jadi jika anda berasa hebat dengan pangkat anda, ingatlah kisah Firaun ini. Untuk refresh memori tentang Firaun ni, dia ini adalah seorang yang sangat ujub dengan dirinya, suka membunuh tanpa sebab dan paling teruk teruk lagi siap mengaku sebagai tuhan yang agung. MasyaAllah. Akhir sekali mati hina ditenggelamkan air laut. Kisah yang sangat berguna untuk kita semua mengambil pengajaran akan fitnah pangkat.
4. Harta
Akhir sekali adalah tentang harta dan ia juga pemberian Allah S.W.T. Di dunia akhir zaman ini, kebiasaannya orang yang mempunyai harta yang banyak ini selalunya mereka akan sibuk bekerja. Disebabkan itu, mereka akan kurang untuk mendapat ketiga-ketiga nikmat Allah di atas.
Justeru, sebagai orang yang diberikan harta oleh Allah, mereka sepatutnya menggunakan harta tersebut sebagai tangga ke syurga bukan sebaliknya.Iaitu semakin banyak harta dia terima, semakin banyaklah harta yang disedekahkan, diinfakkan dan dizakatkan,bukan sebaliknya.
Contoh terbaik akan seorang yang tewas teruk akan fitnah harta berdasarkan al-Quran sudah tentulah kisah Qarun. Dia merupakan seorang yang paling kaya di zamannya. Dia diberi kekayaan yang tidak ada tolak bandingannya di zaman Nabi Musa A.S.
Selepas itu, Qarun terlupa dan terleka dengan nikmat harta tersebut sehingga tidak nampak lagi semua ini pemberian Allah. Bahkan dia mengaku bahawa kesemua harta ini diterima disebabkan kepandaian dia semata-mata bukan pemberiaan Allah. MasyaAllah. Akibatnya, mati hina juga seperti Firaun Laknatullah. Dalil-dalil kisah Qarun dirakamakan di dalam al-Quran adalah seperti di bawah.
Firman Allah tentang kekayaan Qarun yang sangat banyak:
Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).
(Al-Qasas 28:76)
Firman Allah tentang cara sebenar menggunakan harta iaitu untuk mendapatkan akhirat bukan dunia:
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.
(Al-Qasas 28:77)
Firman Allah tentang Qarun apabila dia ditegur kerana terlampau sombong dengan hartanya:
Qarun menjawab (dengan sombongnya): “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku“. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).
(Al-Qasas 28:78)
Kesimpulannya, jika kita tewas dengan fitnah dunia akhir zaman ini, hanya azab yang menunggu kita di akhirat. Ya, mungkin anda akan hidup senang dengan kegagalan anda di dunia akhir zaman ini, tetapi dunia ini hanya sementara. Ingat, dunia ini bukan tempat untuk bersenang-senang. Syurga Allah barulah tempat untuk kita bersenang-lenang. Saye menyeru kepada anda semua supaya saling mengingati antara satu sama lain dan tolong juga ingatkan saya.
Wallahua`lam.
No comments:
Post a Comment