Friday 13 April 2018

MARI BAIKI CARA SOLAT KITA … 10 KESILAPAN INI SERING DILAKUKAN OLEH PEREMPUAN,




Baru saja lepas mendengar ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah

Din, sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak

dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti

kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru

kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah

kualitinya. Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah…umur dah

lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau

boleh di kategorikan begitu.

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita

mengambil 2 minit untuk “menyediakan diri ” sebelum menghadap Yg Esa;

Dua perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat…sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat:

Minit Pertama –

Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita,

betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak untuk diberi peluang menghadap

yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal lah.

Minit Kedua –

Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat

kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai

Tuhan yg begitu menyayangi hamba2Nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu

menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus.

Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul,

penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sebagai wanita dan selayak2nya

adab untuk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir – ada 3 cara mengangkat takbir

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga

ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkat kedua2 tangan sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.

Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam

gemar bergayut2 dicelah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita,

oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam – cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit

dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2

menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak2

selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk – peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib

dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut.

Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga

dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) ‘Iktidal – tegakkan badan semasa membaca “Sami Allahuliman hamidah..”; dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca “…rabbanaa lakal hamdu”

5) Sujud – sujud dari segi istilah ialah “penyerahan diri yang tertinggi”.

Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut ke lantai,

baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di bhgn bawah

sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan

di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan

melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut

and kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar

menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud – ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki

ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri ,dan kaki kanan dilentur agar ibu jari

menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud – duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tangan.

8) Tahiyyat – mengangkat telunjuk pada ketika menyebut “…illallahh. ..”;

(semasa membaca “laa ilaa ha ILLALLAH”). Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam – tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh

mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling

kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan

sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh

ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat – seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit

kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, Ustazah sempat mengingatkan

para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati

ciri2 yg tertentu. Antaranya:-

1) Tidak jarang.

Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai

kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita

tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn

menggunakan lapis kain ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan

pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir,

ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja

(tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di

badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara

ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang.

Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah

tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (Ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika

tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.

Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka

yg rambut panjang, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,

rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.

Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang

agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat

kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa

agak berat.

Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini

memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam

utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun

kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya

mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun

dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat,

inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.

Jangan pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah

sekarang, jgn susah di alam baqa’.

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.

Wassalam.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanKu

biarpun satu ayat.

Doa Dari Ayat al-Quran Untuk Rawatan Kanser. Sila Baca ?



Perjuangan melawan kanser melalui rawatan moden, tidak akan selesai dan menemui kesudahannya jika diri tidak berserah kepada Allah dan meminta pertolongan dari-Nya. Firman Allah di dalam Al-Quran

"Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman...." (Al Israa' 82)

"....Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku.." (Al Baqarah, 186)

Konsep perubatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran adalah ibadah. Justeru tiap amalan perubatan ini adalah bersandarkan amalan ibadah serta doa dan munajat.

Lapan surah ini boleh diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit sendiri dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

Istighfar 10x. Salawat Nabi 10x. Al-Fatihah 1x.

Caranya adalah seperti berikut:


Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. In Shaa Allah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya. Antara ayat-ayat yang perlu di baca adalah seperti berikut:

Surah Al Maidah (Ayat 82-91). Surah Al Araf (Ayat 70-81). Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). Surah Az Zummar (Ayat 42-52). Surah Ghafir (Ayat 67-77). Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).


Sumber:


1.    Utusan Online

INILAH DOSA FITNAH YANG LEBIH BESAR DARI DOSA MEMBUNUH..MOGA DIJAUHKAN



Fitnah adalah dosa besar dan lebih dahsyat dari dosa membunuh. Namun manusia semakin berani dengan dosa. Sejak akhir-akhir ini fitnah seolah-olah sudah bertukar menjadi seperti amal solih jika dilihat dari sisi ramainya yang berebut-rebut menyebar fitnah.

Punca keberanian manusia sekarang kepada melakukan dosa fitnah adalah kerana mereka sudah tidak percaya lagi kepada Allah dan hari kiamat.

Semakin diberi nasihat dan teguran semakin berani manusia sekarang melakukan fitnah.

Berikut disertakan beberapa ganjaran dan kelebihan bagi orang-orang yang suka kepada amalan fitnah ini.

1. Dapat Azab Di Alam Barzakh

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. katanya :

مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَبْرَيْنِ ، فَقَالَ : إنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ ، وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا : فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ الْبَوْلِ ، وَأَمَّا الْآخَرُ : فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ

artinya : “Telah melalui olih Nabi saw akan dua buah kubur kemudian Nabi saw bersabda : Kedua penghuni kubur ini sedang diazab dan tidaklah keduanya diazab sebab dosa yang besar sangat. Maka adalah salah seorang penghuni kubur ini dosanya ialah tidak bersuci dari kencing dan penghuni kubur yang seorang lagi suka melagakan manusia dengan cerita buruk.” (Hadith Bukhari)

2. Dapat Masuk Neraka

Firman Allah :

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Artinya : “sungguhnya orang-orang yang suka bahawa menghebahkan keburukkan orang-orang beriman maka bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah maha mengetahui sedangkan kamu sekelian tidak mengetahui.” (An-Nur : 19)

3. Tak Dapat Masuk Syurga

Daripada Huzaifah r.a. berkata :

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَتَّاتٌ.


Artinya : “Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda : Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang suka memburukkan orang lain dengan cerita yang tidak benar.” (Hadith Muslim)

Wallahua’lam


Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original)

Peluk Isteri 10 Saat Setiap Pagi, Mampu Buat Suami Panjang! Sila Baca Untuk Penjelasannya?



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Menarik fakta ini!

Menurut Pakar Motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta ini berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Beri Kesan Positif

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Jadi para suami, selalulah peluk isteri semoga makin dipanjangkan umur.


Sumber: Utusan Online

Inilah Manfaat Mengamalkan Ayat Terakhir Surah At-Taubah. Rugi Kalau Tak Amalkan Kalau Dah Tahu!



Setiap manusia pasti mempunyai keinginan, ingin mulia, ingin kaya, ingin berpangkat tinggi, ingin usahanya maju, ingin kuat, dan lain sebagainya. Akan tetapi tidak semua orang dapat mencapai keinginannya kerana kurang ilmu dan pengamalannya.

Oleh kerana itu, jika anda ingin kuat, ingin mulia, ingin sukses, ingin mendapat kelapangan rezeki dan ingin berkemampuan membayar hutang-hutang anda. Maka disini kami menganjurkan kepada anda agar mengamalkan membaca ayat-ayat Al-Quran ini.

Barang siapa yang membaca ayat-ayat ini dan mengamalkannya secara rutin/terus menerus maka Insya Allah:

Jika ia lemah akan menjadi kuat, jika ia hina akan menjadi mulia, jika ia kalah akan menjadi menang, jika ia sempit rezeki nya akan menjadi lapang, jika ia susah akan menjadi senang, dan apabila ia mempunyai hutang akan terbayar.

Ayat-ayat nya adalah ayat yang terdapat dalam surah At-Taubah ayat 128-129:

Ertinya: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan/keimanan dan keselamatan bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mu’min. Jika mereka berpaling dari keimanan maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagimu.” tidak ada Tuhan selain Dia, Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang Agung.”

Caranya: Dibaca sebanyak tujuh kali (7X) setiap selesai sholat fardhu secara rutin.

Silahkan di Amalkan, semoga Allah SWT senantiasa mengabulkan setiap do’a dan hajat kita, hajat dunia mahupun akhirat,

Aamiin

Thursday 12 April 2018

Orang-orang Ini Rajin Mengerjakan Sholat, Tapi Mendapat Murka Allah. Jangan Sia_siakan Sholatmu.




Rasulullah SAW bersabda: Islam dibangun di atas 5 hal; bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allh, menegakkan shalat. (HR Bukhri dan Muslim).

Seorang Muslim tentu sudah paham betul bahwa sholat merupakan tiang dari dien ini. Oleh karena itu, ketika muadzin mengumandangkan adzan, kaum muslimin berbondong-bondong mendatangi rumah-rumah Allah Taala, mengambil air wudhu, kemudian berbaris rapi di belakang imam shalat mereka.

Mulailah kaum muslimin tenggelam dalam dialog dengan Allah Taala dan begitu khusyu menikmati shalat sampai imam mengucapkan salam. Dan setelah usai, masing-masing kembali pada aktifitasnya.

Imam Hasan al-Bashri rahimahullh pernah mengatakan: Wahai, anak manusia. Shalat adalah perkara yang dapat menghalangimu dari maksiat dan kemungkaran. Jika shalat tidak menghalangimu dari kemaksiatan dan kemungkaran, maka hakikatnya engkau belum shalat.

Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw juga bersabda: Barang siapa yang memelihara sholat, maka sholat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara sholat, maka sesungguhnya sholat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya. (Tabyinul Mahaarim).

Kemudian Rasulullah saw juga bersabda bahwa: 10 orang sholatnya tidak diterima oleh Allah swt, di antaranya:

Lelaki yang sholat sendirian tanpa membaca sesuatuLelaki yang mengerjakan sholat tetapi tidak mengeluarkan zakatLelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinyaLelaki yang melarikan diriLelaki yang minum arak tanpa mau meninggalkannya (taubat)Perempuan yang suaminya marah kepadanyaPerempuan yang mengerjakan sholat tanpa memakai tudungImam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiayaOrang-orang yang suka makan ribaOrang yang sholatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan munkar

Sabda Rasulullah SAW, Barang siapa yang sholatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya sholatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah swt dan jauh dari Allah.

Imam Hassan r. a berkata : Kalau sholat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan sholat. Dan pada hari kiamat nanti sholatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.

Subhanallah… Semoga kita semua terhindar dari segala amal ibadah dan perbuatan yang tidak diridhai oleh Allah SWT. Amiin amiin ya rabbal alamiin.

Rasulullah SAW bersabda: Islam dibangun di atas 5 hal; bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allh, menegakkan shalat. (HR Bukhri dan Muslim).

Seorang Muslim tentu sudah paham betul bahwa sholat merupakan tiang dari dien ini. Oleh karena itu, ketika muadzin mengumandangkan adzan, kaum muslimin berbondong-bondong mendatangi rumah-rumah Allah Taala, mengambil air wudhu, kemudian berbaris rapi di belakang imam shalat mereka.

Mulailah kaum muslimin tenggelam dalam dialog dengan Allah Taala dan begitu khusyu menikmati shalat sampai imam mengucapkan salam. Dan setelah usai, masing-masing kembali pada aktifitasnya.

Imam Hasan al-Bashri rahimahullh pernah mengatakan: Wahai, anak manusia. Shalat adalah perkara yang dapat menghalangimu dari maksiat dan kemungkaran. Jika shalat tidak menghalangimu dari kemaksiatan dan kemungkaran, maka hakikatnya engkau belum shalat.

Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw juga bersabda: Barang siapa yang memelihara sholat, maka sholat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara sholat, maka sesungguhnya sholat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya. (Tabyinul Mahaarim).

Kemudian Rasulullah saw juga bersabda bahwa: 10 orang sholatnya tidak diterima oleh Allah swt, di antaranya:

Lelaki yang sholat sendirian tanpa membaca sesuatuLelaki yang mengerjakan sholat tetapi tidak mengeluarkan zakatLelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinyaLelaki yang melarikan diriLelaki yang minum arak tanpa mau meninggalkannya (taubat)Perempuan yang suaminya marah kepadanyaPerempuan yang mengerjakan sholat tanpa memakai tudungImam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiayaOrang-orang yang suka makan ribaOrang yang sholatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan munkar

Sabda Rasulullah SAW, Barang siapa yang sholatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya sholatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah swt dan jauh dari Allah.

Imam Hassan r. a berkata : Kalau sholat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan sholat. Dan pada hari kiamat nanti sholatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.

Subhanallah… Semoga kita semua terhindar dari segala amal ibadah dan perbuatan yang tidak diridhai oleh Allah SWT. Amiin amiin ya rabbal alamiin.

Mulai Hari Ini,Berhenti Tiup Lilin Kek Ketika Sambut Hari Jadi Kerana Dulu Kaum Eropah Telah…..



Bertambahnya umur bagi sebahagian orang memang menjadi saat yang ingin dilalui dengan penuh kebahagiaan. Mengundang sanak saudara dan sahabat, makan bersama, hadiah-hadiah yang datang silih berganti, dan banyak lagi. Salah satu hal yang seakan-akan sudah menjadi tradisi dalam acara ulang tahun adalah meniup lilin. Rasa-rasanya sebahagian umat muslim pun masih melakukan hal ini. Namun, bagaimana islam memandang hal tersebut? Bolehkah? Atau hal tersebut merupakan sesuatu yang dilarang?

Dipetik dari laman merdeka.com, tradisi tiup lilin sudah lahir sejak zaman Yunani Kuno. Dalam sejarah disebutkan bahawa menyalakan lilin adalah sebuah cara khusus seseorang untuk membayar seperti upeti kepada dewi bulan yang terdapat dalam mitologi Yunani, yakni dewi Artemis. Pada zaman dahulu, kuih yang dipakai haruslah berbentuk bulat agar dapat melambangkan bulan dan lilin yang diletakkan  di atasnya sebagai lambang cahaya bulan. Sebelum orang-orang Yunani Kuno meniup lilin, mereka terlebih dahulu akan berdoa memohon sesuatu hajat.

Asap dari lilin yang melayang di udara dianggap sebagai penghantar doa-doa mereka kepada sang dewi. Oleh kerana itu tradisi tiup lilin tidak hanya dilakukan pada saat ulang tahun, tetapi setiap kali mereka memiliki keinginan. Oleh kerana itu, tradisi meniup lilin ketika seseorang ulang tahun termasuk ke dalam aktivitas keagamaan orang-orang Yunani Kuno. Lilin juga dapat diibaratkan sebagai cahaya kehidupan bagi menurut orang-orang non-muslim.



Dalil Islam tentang Tiup Lilin saat Ulang Tahun

Oleh kerana meniup lilin pada saat ulang tahun adalah “warisan” tradisi dari budaya non-muslim, maka, Rasulullah menjelaskannya terkait hal tersebut dalam hadits di bawah ini :

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Barang siapa yang menyerupai dengan suatu kaum, maka ia sebahagian dari kaum itu.” [HR. Abu Daawud]

Jika kita melihat pada hadits di atas, maka sebaiknya kita meninggalkan tradisi tiup lilin tersebut, kerana tradisi tiup lilin bukan merupakan tradisi umat islam dan menyerupai tradisi umat non-muslim. Tradisi tersebut juga sering dilakukan oleh kaum yahudi dan nasrani.
Alasan Umat Muslim Tidak Boleh Melakukan Tiup Lilin saat menyambut hari jadi.
Pada intinya, beberapa hal yang dapat dijadikan alasan mengapa tidak diperbolehkannya umat islam mengikuti tradisi meniup lilin dalam acara ulang tahun adalah :

Rasulullah tidak pernah mengajarkan atau menganjurkan tradisi perayaan ulang tahun termasuk di dalamnya tradisi meniup lilin. Berbahaya jika tradisi ‘tiup lilin’ seakan-akan sudah menjadi bahagian dari kewajiban di setiap tahunnya, kerana Rasulullah tidak pernah mengajarkan dan mewajibkan hal tersebut.
Pesta ulang tahun yang berlebihan merupakan salah satu sikap pemborosan yang dibenci oleh Allah. Wang yang digunakan untuk membeli lilin ulang tahun, memiliki manfaat yang lebih bernilai di mata Allah. Untuk sedekah, misalnya?
Tradisi tiup lilin bukan merupakan tradisi umat islam dan tidak dianjurkan kerana menyerupai tradisi umat non-muslim. Meniru-niru kebiasaan suatu kaum disebut juga dengan tasyabuh, dan hal tersebut dilarang di dalam islam. Sebahagian orang masih melakukan tradisi “tiup lilin” kerana tidak mengetahui bagaimana asal-usul tradisi tersebut dan apa maksud dibaliknya. Oleh karena itulah kita perlu menjadi muslim yang bijak agar dapat membezakan secara jelas mana yang baik dan mana yang buruk. Jangan hanya mengikuti sesuatu tanpa memiliki ilmu tentangnya.
Umat islam hanya memiliki 3 perayaan besar, yakni Idul Fitri, Idul Adha dan hari Jumat. Jadi ulang tahun tidak termasuk di dalamnya.
Menurut salah satu penelitian, meniup lilin yang berada di atas kek ulang tahun menjadi salah satu penyebab penyebaran bakteri, kuman atau zat-zat negatif di kek tersebut.

Tak masalah jika anda menganggap hari bertambahnya umur menjadi hari yang istimewa. Namun harus kita sedari, bahawa di hari itulah umur kita pada hakikatnya berkurang. Satu tahun dalam hidup kita telah berakhir dan tahun demi tahun akan terus berganti. Lebih baik jika hari itu kita jadikan momen untuk mensyukuri kurnia Allah yang telah menciptakan kita dan membuat kita lahir di dunia ini, mensyukuri kedua orang tua yang telah menjaga kita sejak keluar dari rahim ibu dan mensyukuri setiap masa yang telah kita lalui.

Berkurangnya umur pun dapat kita jadikan sebagai masa untuk bermuhasabah, apakah kiranya yang akan kita lakukan di sisa hidup kita dalam ketaatan kepada Allah. Mintalah kepada Allah agar Ia kurniakan ketaatan kepada kita di sisa umur kita. Tanamkanlah hal-hal positif yang telah dijelaskan sebelumnya kepada adik-adik kita atau anak-anak kita.

Sekiranya anda mahu menyambut ulang tahun kelahiran anda,tidak ada masalah dengan hanya membeli kek dan memakannya.Tapi elakkanlah daripada memasang lilin diatas kek dan meniupnya kerana itu adalah perbuatan mungkar daripada kaum lain yang mempunyai maksud tersirat.

Jika anda mahu memberi hadiah kepada seseorang yang berulang tahun pun, tidak masalah. Saling memberi hadiah sesama muslim sangat dianjurkan oleh Rasulullah Shalallahu a’laihi wassalam, kerana dengan itu kita akan saling mencintai satu sama lain.

Seandainya  mahu melakukan sebuah perayaan seperti makan-makan bersama dengan sanak saudara, mengudang jiran dan teman-teman, maka niatkanlah itu untuk ibadah dan janganlah berlebihan. Niatkanlah perayaan itu untuk memberi  rezeki yang kita miliki kepada orang lain dalam bentuk makanan atau untuk bersedekah, sehingga kita tidak menggunakan rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kita untuk hal-hal yang sia-sia.