Friday, 6 April 2018

30 Wasiat Imam Al-Ghazali. No. 30 Tu Wajib Baca!



1. Tuntutan berbakti kepada ibubapa.
Berbakti kepada ibubapa wajib kerana ia hukum Allah SWT. Anak yang enggan berbakti kepada kedua ibubapanya dianggap anak derhaka. Dan perbuatan derhaka satu dosa besar.

2. Mengasihi anak yatim.
Kasihanilah anak yatim kerana Rasullullah s.a.w. juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihani anak yatim di akhirat.

3. Allah menguji kita.
Ujian datang silih berganti. Ia merupakan warna kehidupan setiap insan. Laluilah ia dengan sabar agar kualiti iman kita meningkat kerana ujian itu untuk mematangkan keimanan kita.

4. Menghormati dan memuliakan guru.
Menghormati dan memuliakan guru merupakan tugas dan kewajipan kita sebagai anak dan murid. Guru bagaikan orang tua kita sendiri yang wajib kita hormati dan muliakan.

5. Menanamkan iman dalam anak.
Menanamkan iman dalam diri anak merupakan kewajipan orang tua. Anak-anak akan membesar dalam suasana cukup peka dan sensitive dengan Tuhan. Bila ini sudah ada, dengan sendirinya dia akan malu dan takut untuk membuat dosa.

6. Islam mengajarkan hidup sihat.
Banyak pendidikan kesihatan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada umatnya termasuk aspek kebersihan tubuh badan, pakaian, alam sekitar dan juga makanan. Kerana di dalam tubuh yang sihat itu terdapat kelazatan dalam beribadat.

7. Menghormati tetamu.
Islam mendidik kita agar memuliakan dan menghormati tetamu. Kerana tetamu datang membawa rezeki dan apabila ia pulang, dosa-dosa kita terhapus.

8. Menghormati jiran.
Menghormati jiran adalah merupakan tugas dan kewajipan setiap Muslim. Kita di tuntut untuk bersikap memuliakan jiran kita kerana jiranlah orang yang paling terdekat dengan kita.

9. Menggunakan akal untuk berfikir.
Al-Quran memerintahkan kita agar berfikir dan menggunakan akal untuk memecahkan rahsia hidup ini. Matlamatnya adalah untuk kebahagiaan dunia dan akhirat kita.

10. Membuktikan kebenaran Al Quran.
Al-Quran mengandungi fakta dan mukjizat. Kejadian alam, manusia dan ilmu pengetahuan didedahkan secara terus terang, yang membuat manusia yakin akan kebenaran adanya ALLAH.

11. Mencintai ilmu.
Mencintai ilmu dan mengamalkan ilmu adalah tanda kecerdasan dan disukai Allah SWT. Barangsiapa yang keluar rumahnya dengan niat untuk mencari ilmu, nescaya dilindungi Allah SWT sampai ia kembali.

12. Jangan berdusta.
Sesungguhnya dusta itu menuntun kepada kekejian dan kekejian itu menuntun ke dalam api neraka. Tidak henti-hentinya seseorang berdusta dan membiasakan diri dalam dusta, sehingga dicatat di sisi Allah SWT sebagai pendusta.

13. Mengawal lisan.
Menyaksikan maksiat, kejahatan dan menjadi saksi palsu adalah di antara penyakit lidah dan penyakit hati yang amat berbahaya. Ianya menjadi punca kepada rosaknya iman dan seterusnya boleh membawa ke neraka jahanam.

14. Jangan dekati zina.
Islam tidak hanya mengharamkan perbuatan zina, tetapi termasuk juga sebarang tindak-tanduk yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang terkutuk itu, iaitu sebarang perlakuan ke arah menghampiri zina.

15. Jangan dekati minuman yang memabukkan.
Minuman yang memabukkan seperti arak, hukumnya adalah haram, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak. Setiap Muslim yang berakal pasti menjauhi arak kerana ia merosakkan akal, menimbulkan penyakit dan dimurkai Allah SWT.

16. Menjadi pemimpin yang adil.
Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menghukum dengan penuh keadilan, dan apabila berkata, dia berkata dengan penuh kebenaran, tidak penyakiti hati orang dan jujur samada kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain.

17. Menjadi pejuang di jalan Allah.
Muhajirin atau pejuang-pejuang Islam yang berjuang di jalan Allah SWT adalah mereka yang merentasi ceruk bumi ini dengan satu mesej iaitu menegakkan kebenaran Islam dan menghancurkan kebatilan.

18. Menjadi ahli kebaikan.
Ahlul Itsar iaitu orang-orang yang gemar melakukan kebaikan, sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain, menolong dan membantu orang yang memerlukan bantuannya. Mereka adalah orang yang paling bermanfaat dan disayangi oleh orang lain.

19. Redha dengan ketentuan Allah SWT.
Orang-orang yang redha dengan ketentuan Allah SWT, maka Allah bukakan pintu-pintu kebaikan yang banyak sehingga tiada hari bagi mereka melainkan harus berbuat kebaikan, iaitu kebaikan apa sahaja yang diperintahkan oleh agama.

20. Menjadi golongan yang selamat.
Ahlun Najat iaitu orang-orang yang selamat. Mereka hanya menunaikan amalan-amalan yang wajib dan meninggalkan larangan-larangan Allah SWT. Hanya itu yang mereka kerjakan, tidak lebih dan tidak pula kurang.

21. Menjadi manusia yang bahagia.
Menjadi manusia yang paling bahagia adalah idaman setiap insan. Oleh itu, raihlah hari-hari bahagia bersama Allah SWT dan RasulNYA.

22. Memelihara sifat malu.
Malu adalah perhiasan Mukmin sejati. Ianya merupakan akhlak para Nabi dan Rasul yang harus dimiliki setiap orang yang mengaku umat Muhammad s.a.w.

23. Memusuhi syaitan.
Syaitan adalah musuh yang nyata ke atas manusia. Oleh itu, jadikan ia sebagai musuh, bukan sebagai kawan.

24. Menyambung silaturahim.
Silaturahim adalah amalan mulia para Nabi dan Rasul, sehinggakan orang yang memutuskan silaturahim dianggap telah melakukan dosa besar.

25. Mengingati mati.
Mengingati mati mendatangkan kemanisan iman dan sekaligus menguatkan rasa ber-Tuhan dan taqarrub kepada Allah SWT.

26. Menghafal AlQuran
Orang yang menghafal Al Quran dianggap sebagai keluarga-keluarga Allah SWT. Oleh itu, perbanyakkanlah menghafal Al Quran kerana ia menjadi cahaya di dalam kubur.

27. Solat Tahajud.
Solat Tahajjud ataupun Qiamullail adalah solatnya para Nabi dan Rasul. Bangunlah pada malam yang akhir dan gunakan waktumu untuk meminta hajatmu, nescaya akan segera ditunaikan Allah SWT.

28. Mencintai Rasulullah s.a.w.
Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w. adalah satu kemestian dalam kehidupan seorang Muslim. Setiap Muslim mesti berbuat demikian kerana baginda adalah orang yang paling berjasa di dalam membimbing dan memberi petunjuk kepada manusia sejagat.

29. Berdoa dan berusaha
Doa memiliki kekuatan dan kehebatan yang dahsyat sehinggakan doa dianggap sebagai senjata mukmin dan pembuka pintu rezeki.

30. Solat yang khusyuk.
Solat yang khusyuk adalah kunci mendapatkan keredhaan Allah SWT. Latihlah kekhusyukan di dalam solat supaya beroleh kemenangan di syurga.

No comments:

Post a Comment