Friday, 13 April 2018
Doa Dari Ayat al-Quran Untuk Rawatan Kanser. Sila Baca ?
Perjuangan melawan kanser melalui rawatan moden, tidak akan selesai dan menemui kesudahannya jika diri tidak berserah kepada Allah dan meminta pertolongan dari-Nya. Firman Allah di dalam Al-Quran
"Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman...." (Al Israa' 82)
"....Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku.." (Al Baqarah, 186)
Konsep perubatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran adalah ibadah. Justeru tiap amalan perubatan ini adalah bersandarkan amalan ibadah serta doa dan munajat.
Lapan surah ini boleh diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit sendiri dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.
Sebelum memulakan bacaan surah dibawah :
Istighfar 10x. Salawat Nabi 10x. Al-Fatihah 1x.
Caranya adalah seperti berikut:
Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. In Shaa Allah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya. Antara ayat-ayat yang perlu di baca adalah seperti berikut:
Surah Al Maidah (Ayat 82-91). Surah Al Araf (Ayat 70-81). Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). Surah Az Zummar (Ayat 42-52). Surah Ghafir (Ayat 67-77). Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).
Sumber:
1. Utusan Online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Caesars Casino & Hotel - Mapyro
ReplyDeleteMap of Caesars 김포 출장안마 Casino & 충주 출장안마 Hotel in Maricopa, AZ. the 강원도 출장샵 resort hotel, hotel, restaurant and lounge to restaurants, 서산 출장샵 bars, hotels, 경기도 출장마사지 and more.
Salam
ReplyDeletesalam semua nk kongsi boleh jika ada sakit darah tinggi atau masalah saraf atau kanser tahap 1 2 3 dan 4 atau cysts dan lain2 penyakit cuba berubat dengan mohd zuhairi bin noordin 017 4687570..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.pengasas gunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik
ReplyDelete