Wednesday, 11 April 2018

2 Jenis Perempuan Bertudung Yang Rasulullah SAW Laknat Di Akhir Zaman Ini



Wanita bertudung dengan sanggul tinggi memang tidak dapat dipisahkan. Wanita merasakan sanggul ini sudah seperti satu mahkota, semakin tinggi sanggul akan kelihatan semakin cantik.

Tidak lengkap penampilan dan gaya seorang wanita bertudung jika tidak mempunyai sanggul yang tinggi. Memiliki sanggul yang tinggi dirasakan akan mencantikan tudung yang dipakai kerana akan terletak elok di kepala.

Manusia hanya memikirkan untuk kelihatan cantik di dunia sahaja tetapi langsung tidak pernah terfikir tentang hukum sanggul bongkol unta. Ramai wanita bertudung masih tidak tahu hukum yang harus dielakkan tentang pemakaian tudung seperti bonggol unta.

Hadis Nabi s.a.w ada meriwayatkan Maksudnya:

Akan muncul dalam kalangan umatku pada akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wa nita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat.

Hadis riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia iaitu golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada sesuatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini.

Hadis riwayat Muslim. Hadith no 212.

Pemakaian tudung adalah sesuatu yang diwajibkan kepada semua wanita Islam untuk menutup aurat. Menutup aurat dari dilihat kaum lelaki supaya tidak mengetahui mereka itu berambut pendek, lurus, kerenting atau panjang. Apabila sudah membuat bonggol unta yang tinggi wanita seolah-olah mahu mendedahkan aurat yang ingin disorokkan.

Wanita yang mendandan rambut dengan cantik hanya untuk suami sahaja. Bukan mendandan rambut untuk dilihat kaum lelaki lain. Isteri akan mendapat ganjaran pahala jika suami memandang isteri yang berambut cantik dan mendatangkan keseronokan dan kebahagian dalam hati suami. MissA/UtaraNews.com

Sumber: alamatalamatkiamat

No comments:

Post a Comment