Friday, 16 March 2018
Kelebihan Baca Surah Al Kahfi Setiap Hari Jumaat
Dah baca Surah Al KAHFI?? Penting ke baca Surah Al Kahfi ni?? Saya ingin berkongsi 2 kelebihan membaca Surah Al Kahfi setiap hari Jumaat.
Pertama : Akan dipancarkan cahaya untuknya diantara dua jumaat.
Mafhum hadis :
“Barangsiapa membaca surah Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
Kedua : Kita juga akan dilindungi daripada FITNAH DAJAL.
Dalam riwayat Muslim yang lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” Iaitu dari huru-haranya.
Belum baca, ustaz.. Susah la nak baca Surah ini ustaz.. Berbelit-belit lidah saya ini..Huhu
Tak pe2.. Baca je. Mulakan dengan sikit-sikit.. Contohnya bahagikan kepada 6 kali baca untuk satu surah
Ayat 1-31Ayat 32-50Ayat 51-59Ayat 60-82ayat 83-99Ayat 100-110
Tempoh dikira membaca surah Kahfi pada hari Jumaat ialah bermula dari selepas maghrib hari khamis sehingga sebelum maghrib hari jumaat.
Kalau kita baca sekaligus memang la rasa tertekan sebabnya kita belum lancar.
Mula-mula memang la rasa sedikit payah. Lama-lama akan jadi senang. Kita akan rasa sekejap je baca satu surah Al Kahfi ini. 110 ayat je.
PEPATAH MELAYU ada menyebut,
Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian.
Al Quran juga memberikan pedoman kepada kita.
Setiap kesusahan pasti ada kemudahannya.
(Surah As Syarh Ayat 5 & 6)
Betul tu ustaz, terima kasih di atas peringatan kata-kata semangat ini.
Nabi SAW juga memberikan satu kata-kata semangat buat pembaca Al Quran.
Mafhumnya :
Jika lancar membaca Al Quran dapat dua pahala ; Pahala baca Al Quran & dapat duduk bersama VVIP iaitu para malaikat.
Yang hendak diFOKUSKAN di sini ialah jika kita baca Al Quran merangkak-rangkakAllah masih lagi bagi dua pahala ; Pahala Baca Al Quran & Pahala Baca merangkak-merangkak.
Allah3.. Terbaiklah kata-kata semangat daripada Allah & Nabi SAW, kan ustaz??
Ye..Tinggal diri kita sahaja. Peluang telah TERBUKA LUAS..
Allah itu MAHA Penyanyang MAHA Pemurah. Sebab apa??. Kerana setiap apa yang kita niatkan sudah dikira sebagai PAHALA. So, marilah kita sama-sama niat nak baca satu surah Kahfi. Jika tak sempat habis, sekurang-kurangnya dapat juga PAHALA niat. Alhamdulillah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment