Monday, 19 March 2018
Mencium isteri di khalayak ramai-Ustaz Azhar Idrus
Situasi permasalahan / soalan mengganggu minda:
Saya baru balik dari Mekah dan saya mencium isteri saya di khalayak ramai.
Apa hukum cium ini?
Ustaz Azhar Idrus jawab:
Heheee... Dia tanya bab cium
Mula-mula nak tahu dulu, cium kat mana? Kalau cium tangan, BOLEH... takde masalah! Tapi kalau cium mulut... cium pipi... ni adalah menggugurkan maruah. Jangan bercium di khalayak ramai gitu... Betul la bini mu... tapi kita kena jaga jugak benda2 macam ni...
Cium tangan sudah la... Nak cium lebih, balik rumah!
Kalau berjalan pun cam tu jugak... tak leh berpeluk ngan bini kita. "doh bakpe tokleh peluk doh bining kite!"
"dah tahu bini mung,... doh bakpe mung tok gi jimak kat roundabout nyer?"
Tak boleh... pimpin tangan jer dah la... Ni berpeluk peluk cam belangkas. Orang tegur, dia jawab "bining aku, suka aku lah..." Tak leh la ikut pandai gitu... Ada adab2 di luar rumah, depan orang, belakang orang... depan anak pun tak boleh dah!

nak gini-gini, tunggu masuk bilik k... sila bawak bertendang! ngehehehee...
Soalan lagi:
Lepas majlis akad nikah, suami cium isteri di depan tetamu bukan mahram. Boleh ke?
Ustaz Azhar Idrus jawab:
Ni banyak berlaku. Lepas akad nikah pastu cium. Jangan buat gitu... Batal air sembahyang ni, buat dalam bilik karang. Ok la... kita tengok contoh 70-an... Cukuplah dengan pengantin lelaki hulur tangan, isteri dia cium. Yang tu elok jugak... Ni sekarang cium pipi... pastu cium dahi. Dalam 5 tahun lagi, romen terus depan tok imam. Jadinya, macam kahwin pengantin2 di gereja...
Sekarang ni ada pra wedding pulak... Ni semua ni karut la belaka ni... Belum nikah lagi tapi macam nikah sungguh dah... Siap ngan duduk... siap ngan pimpin tangan... siap terguling... Ni semua manusia lara.
Tunang sekarang pon dah sanding dah! Makin hari makin pelik... makin pelik. Jadi, kita buang balik semua yang lara ni... dan kita kembali bermula dengan sunnah... Biarlah low profile... sederhana sudah... Yang penting, kehidupan kita selepas pernikahan...
kuliah Ustaz Azhar Idrus boleh dilayari dalam youtube=))
semoga kita perbaiki diri untuk menjadi lebih baik,insya'Allah.
tuju hala kita adalah ke alam akhirat. tempat yang kekal abadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment